Friday, February 11, 2011

Kenapa Semut Berhenti Bila Jumpa Kawan Dia?


Selalu bile kite duduk terutamanya bl bersila, kejap je dah rase kebas..ade org panggil itu adalah simptom 'semut-semut'..(kaki kebas dan pyh berjalan). Pastu pulak, ms kecik2 dulu, cter 'Semut Yang Rajin' amat lah popular zmn dulu..asal malas jek, nnt ad la yg bukak cter pasal semut nih...sekarang mmg nak ckp pasal semut, S.E.M.U.T ^__^

Pernah tak korang terpikir, kenapa semut akan berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?

Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Photobucket
Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.
Malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain. Sendrik mau ingat, kenalkah 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?

oh, ini kueh sarang semut, bukan sarang semut..


Article ni aku amik dari Isuhangat.
Blog ni pon ad cter pasal semut. Harun yahya

3 comments:

Hayati Hamzah said...

haha. patut lah :)) salu nampak semut mcm ni ;)

echah mashuri said...

heee...kira mcm bertegur sapa kann.;p

Robot | Sakti said...

jiran sebelah rumah pun ada yang masih tak kenal.

buat hal masing-masing.

manusia punya cerita.